Jadual Kerja
BIL. |
TARIKH |
PERKARA |
CATATAN |
1. |
17 Ogos 2020 |
Menerima taklimat daripada guru mata pelajaran
sejarah iaitu cikgu __________ Membuat perbincangan dengan guru dan rakan-rakan
kelas |
Di dalam
kelas |
2. |
17 Ogos 2020 |
Membuat rujukan awal berkaitan dengan tajuk yang
diberikan menggunakan buku teks dan internet |
Di dalam kelas |
3. |
25 Ogos 2020 |
Objektif kajian dicadangkan Kaedah kajian dicadangkan untuk memudahkan rujukan
maklumat |
Di dalam
kelas |
4. |
28 Ogos 2020 |
Transkrip temubual disediakan |
Di dalam kelas |
5. |
28 Ogos 2020 |
Menemuramah orang sumber |
Di SMK
Seksyen 9 |
6. |
28 Ogos 2020 |
Proses awal iaitu mengumpul maklumat berdasarkan
sumber rujukan dilakukan |
Di dalam kelas |
7. |
28 Ogos 2020 |
Menyiapkan proses awal |
Di dalam kelas |
8. |
28 Ogos 2020 |
Menghantar perancangan dan proses awal -objektif kajian -kaedah kajian -maklumat berdasarkan sumber rujukan |
Di dalam kelas |
9. |
1 Sept. 2020 |
Menulis latar belakang Nabi Muhammad SAW |
Di dalam kelas |
10. |
2 Sept. 2020 |
Menulis tentang sifat ketokohan Nabi Muhammad SAW
sebagai pemimpin. |
Di dalam kelas |
11. |
4 Sept. 2020 |
Menulis cara Nabi Muhammad SAW membangunkan ekonomi
umat Islam. |
Di dalam kelas |
12. |
4 Sept. 2020 |
Menulis ciri-ciri pemimpin yang berwibawa yang
mampu mentadbir negara ke arah kegemilangan. |
Di dalam kelas |
13. |
4 Sept. 2020 |
Menulis rumusan Menulis rujukan |
Di dalam kelas |
14. |
8 Sept. 2020 |
Menyusun hasil kerja dan melengkapkan kajian Menghantar laporan lengkap |
Di dalam
kelas |
1. Penyataan Masalah
Kajian kes ini mengkaji tentang ketokohan kepimpinan
Nabi Muhammad SAW sebagai pemimpin yang unggul merangkumi sifat Baginda sebagai
pemimpin, bagaimana Baginda membangunkan ekonomi umat Islam dan ciri-ciri
pemimpin yang berwibawa yang mampu mentadbir negara ke arah kegemilangan.
2. Objektif Kajian
Kajian kes Sejarah dibuat kerana memenuhi
syarat yang ditetapkan dalam KSSM. 20% markah akan dimasukkan dalam PAT 2020.
Ia
juga bertujuan supaya murid-murid mengamalkan sifat-sifat murni Nabi Muhammad
SAW, ketokohan Baginda sebagai pemimpindan usaha-usaha Baginda membangunkan
ekonomi bukan sahaja untuk orang Islam tetapi juga masyarakat bukan Islam.
Melalui
kajian ini juga, saya dapat menggunakan KPS seperti memahami kronologi, meneroka
bukti, membuat interprestasi, membuat imaginasi, dan membuat rasionalisasi.
3. Kaedah Kajian
Terdapat beberapa kaedah kajian yang dilakukan untuk
mengumpul maklumat secara sistematik dan relevan bagi menjayakan tugasan ini
antaranya ialah:
1. Kaedah Kajian Buku Teks-Saya telah merujuk buku
teks untuk memastikan kesahihan fakta yang ada. Kaedah penyelidikan buku teks
dipilih kerana maklumat yang diperolehi adalah tepat dan benar merujuk maklumat
yang sahih daripada sumber-sumber yang boleh dipercayai. Buku teks yang
digunakan ialah buku teks Sejarah tingkatan 1 dalam Bab 8 muka surat 170.
2. Kaedah Melayari Internet-Saya juga telah
menggunakan kaedah melayari internet bagi mendapatkan maklumat berkaitan
tugasan ini. Antara lama web yang telah saya layari ialah _____________________
(link
@ pautan internet yang telah dirujuk).
3. Kaedah Temubual-Kaedah temubual dipilih kerana
maklumat yang diperolehi adalah tepat dan benar. Nama orang sumber yang telah
ditemubual ialah Puan __________ (nama penuh). Beliau telah ditemubual pada _________ (tarikh) di Sekolah Menengah Kebangsaan __________.
Ketokohan Kepimpinan Nabi Muhammad SAW Sebagai Pemimpin Yang Unggul
Penulis:
Cikgu Hidayah
Kelahiran
Nabi Muhammad SAW telah membawa rahmat kepada seluruh alam terutama dalam
membawa perubahan kepada masyarakat Arab dari sudut akhlak, akidah dan syariah.
Baginda dilahirkan daripada keluarga ternama dalam masyarakat Quraisy pada 12
Rabiulawal Tahun Gajah bersamaan 20 April 570 M. Ayahanda baginda bernama Abdullah
bin Abdul Muttalib, manakala ibunya bernama Aminah binti Wahab. Abdullah merupakan
peniaga yang sering berulang alik dari Makkah ke Syam. Detik permulaan Tamadun
Islam dalam sejarah perkembangan tamadun manusia ialah peristiwa penerimaan
wahyu pertama oleh Nabi Muhammad SAW di Gua Hira’ pada hari Isnin, 17 Ramadan
bersamaan 6 Ogos 610 M. Wahyu pertama daripada Surah al-Alaq (ayat 1 hingga 5)
bermula dengan perkataan Iqra’ (bacalah). Membaca dan menulis merupakan asas
ilmu pengetahuan untuk melahirkan tamadun. Berbekalkan semangat “Iqra” inilah
Tamadun Islam berkembang dan maju. Seterusnya, wahyu kedua, Surah al-Mudassir
(ayat 1 hingga 7) diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW yang merupakan
pengisytiharan Nabi Muhammad SAW sebagai pesuruh Allah SWT untuk menyampaikan
ajaran Islam kepada seluruh manusia. Nabi Muhammad SAW diiktiraf sebagai
Rasulullah dan pemimpin yang unggul.
Kejayaan
Baginda memainkan peranan yang besar sebagai pemimpin negara, pemimpin masyarakat,
pembangun ekonomi dan pemimpin tentera seperti yang dinyatakan dalam al-Quran
dan hadis. Sebagai Pemimpin Negara Tempatan , ketokohan Nabi Muhammad SAW terserlah
apabila baginda berjaya merangka perlembagaan atau Piagam Madinah yang menjadikan
Islam sebagai agama rasmi. Dalam piagam ini, orang bukan Islam diberikan
kebebasan untuk mengamalkan agama dan adat masing-masing. Baginda juga mempersaudarakan
masyarakat Islam dan menyatukan masyarakat Islam dengan bukan Islam. Ketokohan
baginda juga terbukti pada peringkat antarabangsa. Baginda berjaya menghantar
perwakilan atau misi dakwahnya ke luar negara seperti ke Habsyah, Mesir,
Byzantium dan Parsi. Pemimpin Masyarakat Ketika di Makkah sebelum berhijrah ke
Madinah, Nabi Muhammad SAW menekankan aspek akhlak, akidah dan syariah. Selepas
berhijrah ke Madinah, Nabi Muhammad SAW menekankan konsep syura atau
perundingan, keadilan, persamaan dan kebebasan melalui Piagam Madinah. Baginda
menyatukan kaum Muhajirin dan Ansar. Baginda juga berusaha menjadikan Islam
sebagai satu cara hidup dengan menerapkan nilai toleransi, hormat menghormati
dan mengutamakan keadilan dalam kalangan masyarakat.
Dari
segi pembangunan ekonomi, Baginda mengamalkan perdagangan dan hubungan luar. Nabi
Muhammad SAW menggalakkan hubungan perdagangan antara negara Islam Madinah
dengan kawasan lain. Kedudukan Madinah yang terletak di laluan di antara Yaman
dan Syam menjadikan aktiviti perdagangan bertambah maju. Pedagang dari arah
selatan menjadikan jalan ini sebagai jalan utama aktiviti perdagangan. Menggalakkan
hubungan luar dengan semua negara. Pertanian Nabi Muhammad SAW menggalakkan
masyarakat bekerja keras dan aktif dalam perniagaan dan pertanian berasaskan
prinsip ekonomi Islam, seperti bekerja bersungguhsungguh, mencari rezeki yang
halal, larangan penindasan dan riba. Selain itu, Nabi Muhammad SAW sendiri
membangunkan ekonomi dengan menggalakkan pembangunan semula tanah terbiar serta
menebus semula tanah yang tergadai kepada kaum Yahudi. Abdul Rahman bin Auf merupakan
sahabat Nabi Muhammad SAW yang terkaya. Beliau banyak menyumbangkan kekayaannya
untuk perkembangan agama Islam. Pembangunan pasar Suq al-Ansar Nabi Muhammad
SAW mencadangkan agar Abdul Rahman bin Auf membangunkan sebuah tempat berjual
beli bagi membangunkan ekonomi umat Islam. Pasar Suq al-Ansar telah didirikan
dan berjaya membangunkan ekonomi umat Islam tanpa menyisihkan pesaing mereka,
iaitu orang Yahudi.
Pemimpin
yang berwibawa mampu mentadbir negara ke arah kegemilangan. Hal ini demikian
kerana, pemimpin yang mentadbir negara merupakan kekuatan rakyatnya. Pemimpin yang
dipilih biasanya merupakan seseorang yang berani, bertanggungjawab dan sangat
menyayangi rakyat yang berada dibawah kepimpinannya. Kita telah pun mengetahui
keagungan Nabi Muhammad SAW sebagai pemimpin negara dan masyarakat yang telah
berjaya membawa negara Islam Madinah mencapai kesejahteraan. Piagam Madinah
berjaya mewujudkan kestabilan politik, kemajuan ekonomi dan kehidupan yang aman
antara kaum. Baginda bukan sahaja menumpukan hal akidah, tetapi hal ehwal
kehidupan duniawi. Kita haruslah mencontohi akhlak mulia baginda dalam
menjalani kehidupan seharian. Kepimpinan baginda boleh menjadi teladan bagi
memantapkan jati diri.
Rujukan
- Buku (Nama penulis, tahun terbitan. Judul buku. Tempat terbit buku:nama
syarikat yang menerbitkan)
Mohd bin Samsudin, Azharudin bin Mohamed Dali, Sharifah Afidah binti Syed Hamid, 2016. Sejarah Tingkatan 1. Kuala
Lumpur:Dewan Bahasa Dan Pustaka.
- Orang Sumber (Nama, umur, alamat penuh.)
Puan ___________, 42 tahun, Taman Rakyat, 06400 Pokok Sena, Kedah.
- Internet
https://fastnote.wordpress.com/kepimpinan-nabi-muhammad-s-a-w/