Saturday, August 21, 2021

KAJIAN KES TINGKATAN 1 | BANGUNAN BERSEJARAH DI TEMPAT TINGGAL ANDA (BANGUNAN SULTAN ABDUL SAMAD)

BANGUNAN SULTAN ABDUL SAMAD

PENULIS: CIKGU HIDAYAH


Jadual kerja pelaksanaan tugasan

TARIKH

HARI

PELAKSANAAN

CATATAN

9/8/2021

Isnin

Guru memberi taklimat Kajian kes kepada murid

Google Meet

Rumah masing-masing

9/8/2021

Isnin

Merangka Pelaksanaan Kajian Kes

-Memilih tajuk kajian kes

-Pembinaan jadual kerja pelaksanaan tugasan

-Membuat objektif kajian

Google Meet

Rumah masing-masing

11/8/2021

Rabu

Kaedah kajian dicadangkan untuk memudahkan rujukan maklumat

Rumah masing-masing

11/8/2021

Rabu

Proses awal iaitu mengumpul maklumat berdasarkan sumber rujukan dilakukan

Rumah masing-masing

12/8/2021

Khamis

Menulis latar belakang bangunan Sultan Abdul Samad

Rumah masing-masing

16/8/2021

Isnin

Menulis tentang struktur bangunan Sultan Abdul Samad

Rumah masing-masing

16/8/2021

Isnin

Menulis sebab bangunan Sultan Abdul Samad dibina sedemikian

Rumah masing-masing

17/8/2021

Selasa

Menulis tentang fungsi dan keadaan bangunan Sultan Abdul Samad pada masa ini

 

Rumah masing-masing

18/8/2021

Rabu

Menulis tentang langkah untuk memelihara dan memulihara bangunan Sultan Abdul Samad

Rumah masing-masing

20/8/201

Jumaat

-Rumusan

-Rujukan

-Lampiran

Google Meet

Rumah masing-masing

20/8/2021

Jumaat

Menghantar kajian kes kepada guru 

Google Meet

Rumah masing-masing


Objektif Kajian

Kajian kes Sejarah dibuat kerana memenuhi syarat yang ditetapkan dalam KSSM. 20% markah akan dimasukkan dalam PAT 2021.

              Kajian ini mengkaji tentang Bangunan Sultan Abdul Samad yang merangkumi latar belakang bangunan, menerangkan struktur bangunan, menghuraikan sebab bangunan yang demikian, menganalisis fungsi dan keadaan bangunan pada masa ini dan mencadangkan langkah untuk memelihara dan memulihara bangunan tersebut.

              Melalui kajian ini juga, saya dapat menggunakan KPS seperti memahami kronologi, meneroka bukti, membuat interprestasi, membuat imaginasi, dan membuat rasionalisasi.

 

Kaedah Kajian

Terdapat beberapa kaedah kajian yang dilakukan untuk mengumpul maklumat secara sistematik dan relevan bagi menjayakan tugasan ini antaranya ialah:

1. Kaedah Kajian Buku Teks-Saya telah merujuk buku teks untuk memastikan kesahihan fakta yang ada. Kaedah penyelidikan buku teks dipilih kerana maklumat yang diperolehi adalah tepat dan benar merujuk maklumat yang sahih daripada sumber-sumber yang boleh dipercayai. Buku teks yang digunakan ialah buku teks Sejarah Tingkatan 1.

2. Kaedah Melayari Internet-Saya juga telah menggunakan kaedah melayari internet bagi mendapatkan maklumat berkaitan tugasan ini. Antara laman web yang telah saya layari ialah _____________________ (link @ pautan  internet yang telah dirujuk).

3. Kaedah Temubual-Kaedah temubual dipilih kerana maklumat yang diperolehi adalah tepat dan benar. Nama orang sumber yang telah ditemubual ialah Puan/Encik __________ (nama penuh), ____ (umur beliau). Beliau telah ditemubual pada _________ (tarikh) di ___________ (alamat penuh beliau).

 

Pada awal 1893, sejarah bermula apabila perancangan bagi mendirikan sebuah bangunan kerajaan sebagai pusat pentadbiran telah mula dilakukan oleh Residen British di Selangor, Sir William Maxwell. Kawasan seluas 1.034 hektar telah dipilih sebagai tapak yang sesuai untuk mendirikan pusat pentadbiran, iaitu lokasinya terletak di tengah-tengah Bandaraya Kuala Lumpur, iaitu berhampiran  dengan pertemuan Sungai Kelang dan Sungai Gombak. Anthony C. Norman, seorang arkitek Inggeris telah mereka bentuk bangunan ini dan dibantu oleh A.B. Hubbock yang pada ketika itu berkhidmat dengan Jabatan Kerja Raya di Kuala Lumpur pada tahun 1894. Nama DYMM Sultan Negeri Selangor, Almarhum Sultan Abdul Samad Ibni Almarhum Raja Abdullah telah diambil untuk menamakan bangunan ini yang pada ketika itu memerintah tahun 1898 hingga 1957.

Pada mulanya, Bangunan ini hanya menggunakan konsep Inggeris Classical Rennaisance iaitu hasil reka bentuk asal yang dikemukakan oleh Norman. Namun, seni bina Islam telah diadaptasi sebagai tonggak reka bentuk bangunan tersebut menggantikan pelan asal A.C. Norman. Orang yang bertanggungjawab mengadaptasi seni bina Islam ini adalah seorang arkitek muda, R.A.J. Bidwell. Perubahan ini berlaku kerana berikutan ketidakpuasan hati C.E. Spooner dengan reka bentuk yang dikemukakan dan ditampilkan oleh A.C. Norman.

Antara sebab kenapa bangunan Sultan Abdul Samad berbentuk sedemikian ialah kerana reka bentuk yang istimewa, bahan binaan yang digunakan semasa membina bangunan tersebut dan hiasan dalaman yang menarik. Reka bentuk pelannya sangat unik dan menarik dan merupakan antara bangunan yang masyhur pada ketika itu. Ia mempunyai dua tingkat bangunan dan suatu elemen penting yang diketengahkan dalam reka bentuk bangunan ini adalah ladam setinggi 57 kaki. Sebuah anjung yang berhadapan dengan Padang Kelab Diraja Selangor merupakan bahagian utama bangunan ini. Tangga berbentuk separuh bulatan yang menuju ke bilik-bilik Mahkamah Agung dan kamar-kamar Hakim boleh dilihat oleh pelawat semasa memasuki pintu utama bangunan ini. Bagi memberikan pengudaraan secara maksimum, ruang pejabat ini dipagari serambi, terutama ketika itu tiada penghawa dingin pada zaman pemerintahan British itu.

 


Gambar di dalam bangunan Sultan Abdul Samad

Sumber: Google Image

 

Sebuah kilang bertempat di Brickfield telah ditubuhkan untuk membekalkan bahan binaan kepada Banguan Awam Kerajaan yang pertama di bawah pentadbiran Kerajaan Negeri Negeri Melayu Bersekutu (F.M.S). Bahan binaan yang dibekalkan adalah seperti 18,000 pikul kapur, 50 tan besi keluli, 2,500 tong simen, 5,000 lb tembaga, 30,000 kaki padu kayu dan 4 juta batu bata. Sebuah dataran berbentuk segi empat turut dibina di dalam bangunan ini dan diperindahkan lagi di mana di tengah-tengahnya ada satu dataran segi empat yang dipagari dan dikelilingi oleh batas-batas pokok bunga yang cantik belaka. Bangunan ini juga mempunyai satu menara jam besar, tiga buah kubah dan sebuah arked dan juga satu serambi besar tertutup.

Bangunan Sultan Abdul Samad digunakan sebagai Pejabat Residen Jeneral, Pusat Pentadbiran Negeri-Negeri Melayu Bersekutu dan Pejabat Pos Besar pada zaman penjajahan British. Selepas merdeka, ia digunakan sebagai Jabatan Perbendaharaan, Jabatan Perakaunan dan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor sehinggalah tahun 1978. Mahkamah Agung, Mahkamah Tinggi Jenayah dan Mahkamah Tinggi Bahagian Sivil dan Dagang telah ditempatkan di bangunan ini pada tahun 1978. Akhir sekali, kegunaan bangunan ini dijadikan sebagai pejabat rasmi Kementerian Perpaduan, Kebudayaan dan Kesenian dan Warisan Malaysia (KPPKW). Bangunan bersejarah ini turut diwartakan menjadi warisan kebangsaan negara. Keseluruhan kompleks bersejarah termasuklah bangunan ini sendiri ditadbir dan dijaga oleh KPPKW.

Antara langkah untuk memelihara dan memulihara bangunan Sultan Abdul Samad ialah dengan Kerjasama kerajaan, sekolah atau universiti dan media massa. Bangunan Sultan Abdul Samad merupakan bangunan bersejarah di Malaysia Kerajaan perlu memperuntukkan bajet khas untuk memulihara bangunan bersejarah di Malaysia. Kemudahan seperti tempat rehat, kedai makan dan sebagainya boleh dibina berdekatan lokasi bangunan bersejarah bagi memudahkan orang ramai yang datang berkunjung. Selain itu, pihak sekolah mahupun universiti perlu mengadakan program lawatan ke lokasi-lokasi bersejarah yang berada di sekitar Malaysia. Jika ramai pengunjung datang ke tempat bersejarah tersebut, yuran masuk yang dikenakan akan digunakan untuk memulihara bangunan bersejarah. Semakin ramai pengunjung datang, semakin stabil sumber kewangan pihak yang menguruskan bangunan bersejarah tersebut. Secara tidak langsung telah membantu memulihara bangunan bersejarah. Zaman kini, media massa mampu memberi pengaruh yang besar kepada dunia luar. Dengan kuasa yang ada pada pihak media, mereka boleh membuat promosi besar besaran untuk mengajak orang ramai datang ke lokasi-lokasi bangunan bersejarah. Semakin ramai orang tahu tentang kewujudan tempat bersejarah semakin meriah lokasi tersebut seterusnya memberi sumber pendapatan yang mencukupi kepada pihak pengurusan.

Setelah saya mengkaji tentang bangunan Sultan Abdul Samad, saya dapat membuat rumusan bahawa bangunan tersebut sangat bernilai. Bukan sahaja kos untuk menghasilkannya tinggi, kos untuk membaik pulihnya juga tinggi. Bagi tujuan pembinaannya, kos telah pun dihadkan tidak melebihi RM231,000.00 oleh Kerajaan British. Walau bagaimanapun, kira-kira sejumlah RM152,000 dianggarkan bagi jumlah keseluruhan kos pembinaan bangunan ini dan ada juga sumber yang mengatakan angka sebenar kos binaan adalah RM152,824. Namun demikian, ia tetap menjadi sebuah bangunan termahal pada ketika itu. Walau bagaimanapun, pengubahsuaian telah dialami bangunan ini yang menelan belanja RM17.2 juta selama enam tahun dan pada tahun 1978, ia siap diubahsuai semula. ‘Pengubahsuaian telah dilakukan terhadap bangunan ini untuk dijadikan sebagai pejabat kementerian dan lebih kurang RM20 juta anggaran kos pengubahsuaian,” Datuk Seri Muhd Shafie Apdal berkata, pada 24 Disember 2008. Jadi, kita sebagai rakyat Malaysia haruslah menghargai bangunan Sultan Abdul Samad dengan menjaganya dengan baik supaya dapat ditunjukkan kepada generasi akan datang.

 

Rujukan

1. Buku (Nama penulis, tahun terbitan. Judul buku. Tempat terbit buku:nama syarikat yang menerbitkan)

Mohd bin Samsudin, Azharudin bin Mohamed Dali, Sharifah Afidah binti Syed Hamid, 2016. Sejarah Tingkatan 1. Kuala Lumpur:Dewan Bahasa Dan Pustaka.

2. Orang Sumber (Nama, umur, alamat penuh.)

Puan ___________, 42 tahun, Taman Rakyat, 06400 Pokok Sena, Kedah.

3. Internet

https://mypt3.com/bangunan-sultan-abdul-samad

https://www.permohonan.my/cara-memelihara-bangunan-bersejarah/