BANGUNAN SULTAN ABDUL SAMAD
PENULIS: CIKGU HIDAYAH
Jadual kerja pelaksanaan tugasan
TARIKH HARI |
PELAKSANAAN |
CATATAN |
9/8/2021 Isnin |
Guru memberi taklimat
Kajian kes kepada murid |
Google Meet Rumah masing-masing |
9/8/2021 Isnin |
Merangka Pelaksanaan
Kajian Kes -Memilih tajuk
kajian kes -Pembinaan jadual
kerja pelaksanaan tugasan -Membuat objektif
kajian |
Google Meet Rumah masing-masing |
11/8/2021 Rabu |
Kaedah kajian dicadangkan
untuk memudahkan rujukan maklumat |
Rumah masing-masing |
11/8/2021 Rabu |
Proses awal iaitu
mengumpul maklumat berdasarkan sumber rujukan dilakukan |
Rumah masing-masing |
12/8/2021 Khamis |
Menulis latar
belakang bangunan Sultan Abdul Samad |
Rumah masing-masing |
16/8/2021 Isnin |
Menulis tentang
struktur bangunan Sultan Abdul Samad |
Rumah masing-masing |
16/8/2021 Isnin |
Menulis sebab bangunan
Sultan Abdul Samad dibina sedemikian |
Rumah masing-masing |
17/8/2021 Selasa |
Menulis
tentang fungsi dan keadaan bangunan Sultan Abdul Samad pada masa ini |
Rumah masing-masing |
18/8/2021 Rabu |
Menulis tentang
langkah untuk memelihara dan memulihara bangunan Sultan Abdul Samad |
Rumah masing-masing |
20/8/201 Jumaat |
-Rumusan -Rujukan -Lampiran |
Google Meet Rumah masing-masing |
20/8/2021 Jumaat |
Menghantar kajian
kes kepada guru |
Google Meet Rumah masing-masing |
Objektif
Kajian
Kajian kes
Sejarah dibuat kerana memenuhi syarat yang ditetapkan dalam KSSM. 20% markah
akan dimasukkan dalam PAT 2021.
Kajian ini mengkaji tentang Bangunan
Sultan Abdul Samad yang merangkumi latar belakang bangunan, menerangkan
struktur bangunan, menghuraikan sebab bangunan yang demikian, menganalisis
fungsi dan keadaan bangunan pada masa ini dan mencadangkan langkah untuk
memelihara dan memulihara bangunan tersebut.
Melalui kajian ini juga, saya
dapat menggunakan KPS seperti memahami kronologi, meneroka bukti, membuat
interprestasi, membuat imaginasi, dan membuat rasionalisasi.
Kaedah Kajian
Terdapat beberapa kaedah kajian yang dilakukan untuk mengumpul maklumat secara sistematik dan relevan bagi menjayakan tugasan ini antaranya ialah:
1. Kaedah Kajian Buku Teks-Saya telah merujuk buku teks untuk memastikan kesahihan fakta yang ada. Kaedah penyelidikan buku teks dipilih kerana maklumat yang diperolehi adalah tepat dan benar merujuk maklumat yang sahih daripada sumber-sumber yang boleh dipercayai. Buku teks yang digunakan ialah buku teks Sejarah Tingkatan 1.
2. Kaedah Melayari Internet-Saya juga telah menggunakan kaedah melayari internet bagi mendapatkan maklumat berkaitan tugasan ini. Antara laman web yang telah saya layari ialah _____________________ (link @ pautan internet yang telah dirujuk).
3. Kaedah
Temubual-Kaedah temubual dipilih kerana maklumat yang diperolehi adalah tepat
dan benar. Nama orang sumber yang telah ditemubual ialah Puan/Encik __________
(nama penuh), ____ (umur beliau). Beliau telah ditemubual pada _________
(tarikh) di ___________ (alamat penuh beliau).
Pada
awal 1893, sejarah bermula apabila perancangan bagi mendirikan sebuah bangunan
kerajaan sebagai pusat pentadbiran telah mula dilakukan oleh Residen British di
Selangor, Sir William Maxwell. Kawasan seluas 1.034 hektar telah dipilih
sebagai tapak yang sesuai untuk mendirikan pusat pentadbiran, iaitu lokasinya
terletak di tengah-tengah Bandaraya Kuala Lumpur, iaitu berhampiran dengan pertemuan Sungai Kelang dan Sungai
Gombak. Anthony C. Norman, seorang arkitek Inggeris telah mereka bentuk
bangunan ini dan dibantu oleh A.B. Hubbock yang pada ketika itu berkhidmat
dengan Jabatan Kerja Raya di Kuala Lumpur pada tahun 1894. Nama DYMM Sultan
Negeri Selangor, Almarhum Sultan Abdul Samad Ibni Almarhum Raja Abdullah telah
diambil untuk menamakan bangunan ini yang pada ketika itu memerintah tahun 1898
hingga 1957.
Pada
mulanya, Bangunan ini hanya menggunakan konsep Inggeris Classical Rennaisance
iaitu hasil reka bentuk asal yang dikemukakan oleh Norman. Namun, seni bina
Islam telah diadaptasi sebagai tonggak reka bentuk bangunan tersebut
menggantikan pelan asal A.C. Norman. Orang yang bertanggungjawab mengadaptasi
seni bina Islam ini adalah seorang arkitek muda, R.A.J. Bidwell. Perubahan ini
berlaku kerana berikutan ketidakpuasan hati C.E. Spooner dengan reka bentuk
yang dikemukakan dan ditampilkan oleh A.C. Norman.
Antara
sebab kenapa bangunan Sultan Abdul Samad berbentuk sedemikian ialah kerana reka
bentuk yang istimewa, bahan binaan yang digunakan semasa membina bangunan
tersebut dan hiasan dalaman yang menarik. Reka bentuk pelannya sangat unik dan
menarik dan merupakan antara bangunan yang masyhur pada ketika itu. Ia
mempunyai dua tingkat bangunan dan suatu elemen penting yang diketengahkan
dalam reka bentuk bangunan ini adalah ladam setinggi 57 kaki. Sebuah anjung
yang berhadapan dengan Padang Kelab Diraja Selangor merupakan bahagian utama bangunan
ini. Tangga berbentuk separuh bulatan yang menuju ke bilik-bilik Mahkamah Agung
dan kamar-kamar Hakim boleh dilihat oleh pelawat semasa memasuki pintu utama
bangunan ini. Bagi memberikan pengudaraan secara maksimum, ruang pejabat ini
dipagari serambi, terutama ketika itu tiada penghawa dingin pada zaman
pemerintahan British itu.
|
Gambar
di dalam bangunan Sultan Abdul Samad
Sumber:
Google Image
Sebuah
kilang bertempat di Brickfield telah ditubuhkan untuk membekalkan bahan binaan
kepada Banguan Awam Kerajaan yang pertama di bawah pentadbiran Kerajaan Negeri
Negeri Melayu Bersekutu (F.M.S). Bahan binaan yang dibekalkan adalah seperti
18,000 pikul kapur, 50 tan besi keluli, 2,500 tong simen, 5,000 lb tembaga,
30,000 kaki padu kayu dan 4 juta batu bata. Sebuah dataran berbentuk segi empat
turut dibina di dalam bangunan ini dan diperindahkan lagi di mana di
tengah-tengahnya ada satu dataran segi empat yang dipagari dan dikelilingi oleh
batas-batas pokok bunga yang cantik belaka. Bangunan ini juga mempunyai satu
menara jam besar, tiga buah kubah dan sebuah arked dan juga satu serambi besar
tertutup.
Bangunan
Sultan Abdul Samad digunakan sebagai Pejabat Residen Jeneral, Pusat Pentadbiran
Negeri-Negeri Melayu Bersekutu dan Pejabat Pos Besar pada zaman penjajahan
British. Selepas merdeka, ia digunakan sebagai Jabatan Perbendaharaan, Jabatan
Perakaunan dan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor sehinggalah tahun
1978. Mahkamah Agung, Mahkamah Tinggi Jenayah dan Mahkamah Tinggi Bahagian
Sivil dan Dagang telah ditempatkan di bangunan ini pada tahun 1978. Akhir
sekali, kegunaan bangunan ini dijadikan sebagai pejabat rasmi Kementerian
Perpaduan, Kebudayaan dan Kesenian dan Warisan Malaysia (KPPKW). Bangunan
bersejarah ini turut diwartakan menjadi warisan kebangsaan negara. Keseluruhan
kompleks bersejarah termasuklah bangunan ini sendiri ditadbir dan dijaga oleh
KPPKW.
Antara
langkah untuk memelihara dan memulihara bangunan Sultan Abdul Samad ialah
dengan Kerjasama kerajaan, sekolah atau universiti dan media massa. Bangunan
Sultan Abdul Samad merupakan bangunan bersejarah di Malaysia Kerajaan perlu
memperuntukkan bajet khas untuk memulihara bangunan bersejarah di Malaysia. Kemudahan
seperti tempat rehat, kedai makan dan sebagainya boleh dibina berdekatan lokasi
bangunan bersejarah bagi memudahkan orang ramai yang datang berkunjung. Selain
itu, pihak sekolah mahupun universiti perlu mengadakan program lawatan ke
lokasi-lokasi bersejarah yang berada di sekitar Malaysia. Jika ramai pengunjung
datang ke tempat bersejarah tersebut, yuran masuk yang dikenakan akan digunakan
untuk memulihara bangunan bersejarah. Semakin ramai pengunjung datang, semakin
stabil sumber kewangan pihak yang menguruskan bangunan bersejarah tersebut.
Secara tidak langsung telah membantu memulihara bangunan bersejarah. Zaman
kini, media massa mampu memberi pengaruh yang besar kepada dunia luar. Dengan
kuasa yang ada pada pihak media, mereka boleh membuat promosi besar besaran
untuk mengajak orang ramai datang ke lokasi-lokasi bangunan bersejarah. Semakin
ramai orang tahu tentang kewujudan tempat bersejarah semakin meriah lokasi tersebut
seterusnya memberi sumber pendapatan yang mencukupi kepada pihak pengurusan.
Setelah
saya mengkaji tentang bangunan Sultan Abdul Samad, saya dapat membuat rumusan
bahawa bangunan tersebut sangat bernilai. Bukan sahaja kos untuk menghasilkannya
tinggi, kos untuk membaik pulihnya juga tinggi. Bagi tujuan pembinaannya, kos
telah pun dihadkan tidak melebihi RM231,000.00 oleh Kerajaan British. Walau
bagaimanapun, kira-kira sejumlah RM152,000 dianggarkan bagi jumlah keseluruhan
kos pembinaan bangunan ini dan ada juga sumber yang mengatakan angka sebenar kos
binaan adalah RM152,824. Namun demikian, ia tetap menjadi sebuah bangunan
termahal pada ketika itu. Walau bagaimanapun, pengubahsuaian telah dialami
bangunan ini yang menelan belanja RM17.2 juta selama enam tahun dan pada tahun
1978, ia siap diubahsuai semula. ‘Pengubahsuaian telah dilakukan terhadap
bangunan ini untuk dijadikan sebagai pejabat kementerian dan lebih kurang RM20
juta anggaran kos pengubahsuaian,” Datuk Seri Muhd Shafie Apdal berkata, pada
24 Disember 2008. Jadi, kita sebagai rakyat Malaysia haruslah menghargai
bangunan Sultan Abdul Samad dengan menjaganya dengan baik supaya dapat ditunjukkan
kepada generasi akan datang.
Rujukan
1. Buku (Nama
penulis, tahun terbitan. Judul buku. Tempat terbit buku:nama syarikat yang
menerbitkan)
Mohd bin Samsudin, Azharudin bin Mohamed Dali, Sharifah Afidah binti Syed Hamid, 2016. Sejarah Tingkatan 1. Kuala Lumpur:Dewan Bahasa Dan Pustaka.
2. Orang Sumber
(Nama, umur, alamat penuh.)
Puan ___________, 42 tahun, Taman Rakyat, 06400 Pokok Sena, Kedah.
3. Internet
https://mypt3.com/bangunan-sultan-abdul-samad
https://www.permohonan.my/cara-memelihara-bangunan-bersejarah/