Wednesday, October 23, 2019

KAJIAN KES TINGKATAN 2 | KEGEMILANGAN MELAKA DALAM ASPEK PERDAGANGAN


1. Penyataan Masalah
Kajian kes ini mengkaji tentang latar belakang pengasasan Kesultanan Melayu Melaka, faktor-faktor yang menjadikan Melaka sebagai sebuah pelabuhan entrepot sehingga menyumbang kepada kegemilangan kerajaan, pedagang-pedagang yang datang ke pelabuhan Melaka dan barang-barang dagangannya, dan langkah-langkah untuk memajukan pelabuhan yang ada pada hari ini sebagai sebuah pusat perdagangan yang unggul.

2. Objektif Kajian
  1.  Menjelaskan latar belakang pengasasan Kesultanan Melayu Melaka.
  2. Menghuraikan faktor-faktor yang menjadikan Melaka sebagai sebuah pelabuhan entrepot sehingga menyumbang kepada kegemilangan kerajaan.
  3. Menyenaraikan pedagang-pedagang yang datang ke pelabuhan Melaka dan barang-barang dagangannya.
  4. Mencadangkan langkah-langkah untuk memajukan pelabuhan yang ada pada hari ini sebagai sebuah pusat perdagangan yang unggul.

3. Kaedah Kajian
Terdapat beberapa kaedah kajian yang dilakukan untuk mengumpul maklumat secara sistematik dan relevan bagi menjayakan tugasan ini antaranya ialah:
  1. Kaedah Kajian Buku Teks-Saya telah merujuk buku teks untuk memastikan kesahihan fakta yang ada. Kaedah penyelidikan buku teks dipilih kerana maklumat yang diperolehi adalah tepat dan benar merujuk maklumat yang sahih daripada sumber-sumber yang boleh dipercayai. Buku teks yang digunakan ialah buku teks sejarah tingkatan 2.
  2. Kaedah Melayari Internet-Saya juga telah menggunakan kaedah melayari internet bagi mendapatkan maklumat berkaitan tugasan ini. Antara lama web yang telah saya layari ialah _________________________.
  3. Kaedah Temubual-Kaedah temubual dipilih kerana maklumat yang diperolehi adalah tepat dan benar. Nama orang sumber yang telah ditemubual ialah cikgu ______________. Beliau telah ditemubual pada _____________ di sekolah menengah kebangsaan ______________.



BIL.
TARIKH
PERKARA
CATATAN
1.
1 Okt. 2019
Menerima taklimat daripada guru mata pelajaran sejarah iaitu cikgu __________
Membuat perbincangan dengan guru dan rakan-rakan sekolah
Panduan pemilihan tajuk kajian oleh guru
2.
2 Okt. 2019
Membuat rujukan awal berkaitan dengan tajuk yang diberikan menggunakan buku teks dan internet
Usaha kendiri
3.
2 Okt. 2019
Objektif kajian dicadangkan
Kaedah kajian dicadangkan untuk memudahkan rujukan maklumat
Perbincangan dengan guru mata pelajaran dan rakan-rakan
4.
2 Okt. 2019
Transkrip temubual disediakan
Usaha kendiri
5.
2 Okt. 2019
Menemuramah orang sumber
Usaha kendiri
6.
2 Okt. 2019
Proses awal iaitu mengumpul maklumat berdasarkan sumber rujukan dilakukan
Usaha kendiri
7.
2 Okt. 2019
Menyiapkan proses awal
Usaha kendiri
8.
2 Okt. 2019
Menghantar perancangan dan proses awal
-objektif kajian
-kaedah kajian
-maklumat berdasarkan sumber rujukan
Usaha kendiri dan guru
9.
3 Okt. 2019
Menulis latar belakang pengasasan kesultanan melayu melaka
Usaha kendiri

10.
3 Okt. 2019
Menulis faktor-faktor yang menjadikan melaka sebagai sebuah pelabuhan entrepot sehingga menyumbang kepada kegemilangan kerajaan.

Usaha kendiri
11.
6 Okt. 2019
Menulis pedagang-pedagang yang datang ke pelabuhan melaka dan barang-barang dagangannya.
Usaha kendiri
12.
6 Okt. 2019
Menulis langkah-langkah untuk memajukan pelabuhan yang ada pada hari ini sebagai sebuah pusat perdagangan yang unggul.

Usaha kendiri
13.
7 Okt. 2019
Menulis rumusan
Menulis rujukan
Usaha kendiri
14.
7 Okt. 2019
-menyusun hasil kerja dan melengkapkan kajian
-menghantar laporan lengkap
Perbincangan dengan guru dan rakan-rakan



Kegemilangan Melaka Dalam Aspek Perdagangan
Penulis: Cikgu Hidayah

Parameswara telah mengasaskan Kesultanan Melayu Melaka pada sekitar tahun 1400. Lokasi yang dipilih oleh Parameswara ialah di muara Sungai Bertam yang juga dikenali sebagai Sungai Melaka. Muara sungai ini merupakan sebuah perkampungan nelayan, tempat berjual beli dan tempat pertukaran barang dagangan. Antara keistimewaan yang dimiliki oleh Melaka ialah terletak di laluan perdangangan, bentuk muka bumi yang berbukit-bukau, mempunyai pokok bakau dan api-api yang digunakan sebagai benteng pertahanan, dan muara sungai yang terlindung dari angin monsun. Keistimewaan Melaka ini menjadikan Melaka sebagai sebuah pusat perdagangan yang dikenali ramai. Kebijaksanaan Parasmeswara yang telah memilih Melaka sebagai tempat untuk menubuhkan kerajaannya ternyata merupakan sesuatu yang hebat sesuai dengan kehebatan susur galurnya sendiri yang merupakan anak pemerintah Palembang.

Antara faktor yang menjadikan melaka sebagai sebuah pelabuhan entrepot sehingga menyumbang kepada kegemilangan kerajaan ialah melalui kedudukannya yang strategik yang menjadi tumpuan pedagang. Melaka terletak di laluan perdagangan antara India dengan China. Kedudukan strategik di Selatan Melaka menyebabkan Melaka dikunjungi oleh pedagang dari dalam dan luar Alam Melayu. Kesannya, melaka muncul sebagai perdagangan dan pelabuhan yang maju. Selain itu, perdagangan melaka diurus oleh Syahbandar dengan cekap dan teratur. Tugas Syahbandar ialah mengurus pasar dan gudang, menjaga kebajikan serta keselamatan pedagang. Syahbandar bertanggungjawab memeriksa alat timbang, sukat dan mata wang, menjadi hakim di pelabuhan, mengurus cukai dan menguatkuasakan peraturan keluar masuk kapal. Cukai yang dikenakan juga sangat rendah dan mampu menarik minat pedagang untuk berdagang di Melaka.

Melaka telah menerima kehadiran ramai pedagang dari seluruh Alam Melayu untuk berdagang. Antara pedagang yang datang ke pelabuhan Melaka ialah pedagang dari China, India, Arab, Gujerat, Brunei dan Parsi. Pedagang dari Pasai dan Jawa merupakan pedagang yang paling ramai dari alam melayu. Kehadiraan pedangan ke melaka adalah disebabkan oleh barangan yang ditawarkan oleh Melaka yang banyak dan menarik perhatian pedagang. Antara barangan yang ditawarkan oleh Kerajaan Melayu Melaka kepada pedagang luar ialah timah, emas, kapur barus, hasil hutan, dan rempah-ratus. Barangan-barangan tersebut merupakan hasil bumi daripada Kerajaan Melayu Melaka sendiri dan hasil daripada negeri naungan mereka. Kehadiran pedagang luar pula membawa barangan lain untuk ditawarkan kepada pedagang yang berlabuh di selat melaka dan penduduk tempatan. Antara barangan yang dibawa oleh pedagang luar ialah benang emas, kain pelikat, batu delima, tembikar, wangian, dan bahan makanan. Kepelbagaian barang dagangan ini membuktikan pelabuhan melaka sebagai emporium yang maju.

Antara langkah untuk memajukan pelabuhan yang ada pada hari ini sebagai sebuah pusat perdagangan yang unggul ialah pihak kerajaan menyediakan kemudahan pelabuhan yang mampu menarik minat pedagang. Sebagai contoh, gudang tempat penyimpanan barang yang banyak dan selamat. Gudang penyimpanan barang sangat diperlukan oleh pedagang dari luar untuk menyimpan barang dagangan mereka. Oleh itu, penyediaan gudang yang banyak dan selamat amatlah diperlukan oleh semua pedagang. Selain itu, kerajaan juga perlu meletakkan harga cukai yang berpatutan kepada semua pedagang. Pengurusan cukai yang cekap oleh kerajaan akan mendorong pedagang untuk selalu datang ke negara kita. Langkah lain yang boleh dilakukan untuk memajukan pelabuhan yang ada pada hari ini sebagai sebuah pusat perdagangan yang unggul ialah pengurusan mata wang yang sistematik.  Sistem mata wang setiap negara adalah berbeza. Oleh itu, pengurusan mata wang dalam urusan perdagangan haruslah diuruskan dengan cekap dan jujur.

Sebagai rumusan bagi kegemilangan melaka dalam aspek perdagangan ialah kejayaan kerajaan Kesultanan Melayu Melaka menguasai perdagangan pada suatu masa dahulu perlu dicontohi oleh semua negara. Parameswara yang bijaksana dalam menguruskan kerajaannya membuktikan bahawa bangsa kita mampu menjadi bangsa yang maju, kuat dan hebat di mata dunia. Semangat ini wajar dijadikan sumber inspirasi untuk menjadikan negara kita sebagai sebuah negara bangsa yang mempunyai imej dan jati diri yang tinggi. 

Rujukan
1)      Buku
Dr. Suffian bin Mansor, 2017. Sejarah Tingkatan 2. Kuala Lumpur:Dewan Bahasa Dan Pustaka.
2)      Orang Sumber
Puan ___________, 42 tahun, Taman Rakyat, 06400 Pokok Sena, Kedah. 
3)      Internet 






Monday, October 21, 2019

KOLEKSI SOALAN IV SPP DG41 2019 | SEJARAH

Jenis soalan peperiksaan (objektif, esei, struktur)
Jumlah kertas peperiksaan (form 5) hurai secara details (kertas 1,2, 3)
Jawapan:
Kertas 1, soalan objektif: 40 soalan, soalan berdasarkan buku teks tingkatan 4 dan 5.
Kertas 2, soalan struktur, mengandungi 2 bahagian iaitu bahagian A dan B, bahagian A ada 4 soalan bersamaan 40 markah, perlu jawab semua, bahagian B ada 5 soalan bersamaan 60 markah, perlu jawab 3 soalan sahaja.
Kertas 3, soalan esei, tema akan diberi awal, pelajar dibenarkan untuk membawa masuk bahan dari buku atau internet semasa SPM.


Tempoh murid tahu TEMA peperiksaan kertas 3
Jawapan:
6 minggu sebelum SPM

Rombongan Merdeka
Jawapan: Rombongan Merdeka boleh diketegorikan sebagai Pembelajaran Luar Bilik Darjah (PLBD). Pelajar dibawa ke tempat2 bersejarah seperti muzium, tugu negara, dan dataran merdeka. Rombongan merdeka boleh membuka mata pelajar untuk menghargai kemerdekaan negara kita.

Pentaksiran sumatif dan formatif
Jawapan:
Penilaian formatif dan penilaian sumatif mempunyau beberapa ciri2 perbezaan dari segi pengertian, tujuan, aktivit, masa, bentuk, sasaran, liputan, rekod, dan tindakan. Berikut merupakan perbandingan perbezaan antara dua jenis penilaian.
Jenis Ciri
Penilaian Formatif
Penilaian Sumatif


Pengertian

Satu jenis ujian formal atau tak formal untuk mengesan tahap penguasaan dan kemajuan murid di dalam kelas.


Satu jenis ujian formal untuk mengesan tahap pencapaian dalam sesuatu tap persekolahan.


Tujuan

Mengesan penguasaan dan kemajuan murid untuk membaiki kelemahan dengan kada segera.

Mengesan pencapaian murid berdasarkan beberapa unit pembelajaran dan pemeringkatan gred murid di dalam kelas.



Aktiviti

Menjalankan ujian formal atau tidak formal semasa sesi pengajaran dan pembelajaran  sama ada dibuat secara individu, kumpulan atau menyeluruh.


Menjalankan ujian formal dalam beberapa waktu berdasarkan ketetapan jadual secara individu mengikut kelas.

Masa

Semasa sesi pengajaran dilakukan atau setiap hujung bulan.

Semasa semester pertama (pertengahan tahun) dan semester kedua (akhir tahun).



Bentuk

Ujian tidak formal (pemerhatian dan sesi soaljawab), atau formal (ujian bulan) melibatkan ujian kertas pensel dam masa yang singkat.


Ujian formal adalah ujian kertas pensel atau ujian, lisan dalam jangka masa yang ditetapkan mengikut kesesuaiannya.

Sasaran

Secara individu, secara kumpulan atau kelas.


Secara kelas

Liputan

Meliputi sesuatu kemahiran (ujian tidak formal) atau beberapa kemahiran (ujian formal)


Meliputi beberapa unit pembelajaran atau sesuatu tahap persekolahan

Rekod

Tiada (bagi ujian tidak formal) dan penggunaan senarai semak atau rekod prestasi (bagi ujian formal)


Penggunaan rekod profil atau pensijilan.




Tindakan

Membetulkan kelemahan dengan kadar segera atau menjalankan aktiviti pengayaan atau pemulihan di dalam kelas.


·   Menempatkan murid kumpulan atau kelas yang sesuai.
·   Merancan g dan mengubahsuai pelajaran atau kurikulum.
·   Memberi sijil berdasarkan pencapaian dalam peperiksaan.

Sumber: Mohamad Rosly Bin Mohamad Shah

Kaedah pengajaran yang tak membosankan pelajar
Jawapan:
Melibatkan pelajar dalam pdpc, kepelbagaian aktiviti, pembelajaran luar bilik darjah.

PAK21
Jawapan:
Pembelajaran Abad Ke-21 (PAK21) merupakan proses pembelajaran yang berpusatkan pelajar. PAK21 diperkenalkan kerana mahu menarik minat pelajar dalam kelas, memupuk budaya berkongsi ilmu, dan pelajar belajar dengan gembira.  Antara aktiviti yang tersenarai dalam PAK21 ialah gallery walk, party, story book, sharing, dan read and highlight.

Perbezaan KSSM KBSM
Jawapan:
Sumber: Taklimat KSSM kepada pengetua


Peranan Panitia
Jawapan:
  1. Memperoleh Sukatan Pelajaran dan Huraian Sukatan Pelajaran yang terkini untuk kegunaan ahli panitia.
  2. Menyedia serta menyelaraskan Rancangan Pelajaran Tahunan mengikut Penggal Persekolahan.
  3. Memilih dan mencadangkan buku-buku rujukan atau bahan bacaan tambahan yang sesuai dengan pembelajaran pelajar dan kegunaan guru-guru dan untuk dibekalkan di Pusat Sumber Sekolah.
  4. Menyelaras soalan ujian dan penilaian bagi setiap kelas.
  5. Mengkaji dan menganalisis keputusan ujian dan penilaian Panitia mata pelajaran bagi semua murid dalam tiap-tiap ujian dan penilaian, mengambil langkah-langkah serta melaksanakan strategi-strategi mengatasi kelemahan pengajaran dan pembelajaran.
  6. Mengadakan mesyuarat panitia secara berkala serta selaras dengan takwim sekolah. Mengadakan perjumpaan Ad-Hoc apabila dan jika perlu.
  7. Mengatur perjumpaan atau mesyuarat ahli-ahli Panitia mata pelajaran secara formal atau tidak formal untuk merancang dan membincangkan masalah-masalah atau isu-isu berhubung dengan kaedah mengajar serta mencari jalan penyelesaian kepada permasalahan tersebut.
  8. Bertukar-tukar pengalaman dan pengetahuan baru dengan ahli-ahli lain yang diperolehi setelah mengikuti kursus, mesyuarat atau taklimat.
  9. Menjana minat ahli-ahli Panitia Mata Pelajaran supaya mengadakan penyelidikan pembangunan (R&D).
  10. Mewujudkan kerjasama efektif dengan persatuan akademik dari sekolah lain dan menjalinkan hubungan kerja yang boleh membantu bagi mencapai matlamat pengajaran dan pembelajaran.
Sumber: GuruBesar.My


**Jawapan adalah dari diri saya sendiri berdasarkan pengetahuan sedia ada saya, melalui rujukan tambahan dan sumber2 yang telah dinyatakan.





Sunday, October 6, 2019

PENYUSUNAN FAIL, FAIL RPH UNTUK INTERVIEW SPP (DG41)


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA. TERLEBIH DAHULU SAYA INGIN MENGUCAPKAN TERIMA KASIH KEPADA PIHAK YANG TELAH BERKONGSI ILMU KEPADA SAYA DARI SEGI PERSIAPAN FAIL, PEMAKAIAN MAHUPUN DARI SEGI NOTA UNTUK TEMUDUGA. UNTUK PERSIAPAN FAIL SEBELUM KE TEMUDUGA, SAYA TELAH MENGUBAH SEDIKIT DARIPADA BAHAN ASAL YANG TELAH SAYA DAPAT. ANDAI TUAN/PUAN MELIHAT BLOG INI DAN MAHU KREDIT, BOLEH EMAIL SAYA nurulnahdatulhidayah@gmail.com. TERIMA KASIH 

FAIL YANG SAYA SYORKAN IALAH FAIL YANG MEMPUNYAI 40 SHEETS DAN BERWARNA HITAM.

SUSUNAN FAIL UNTUK INTERVIEW JAWATAN PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN GRED DG41.






















,,,,,, SURAT SOKONGAN MAJIKAN/BEKAS MAJIKAN, MAKLUMAT YANG BERKAITAN DENGAN INTERVIEW YANG BAKAL DIHADIRI.

CONTOH CARA PENYUSUNAN. 

NUMBER 1 - 5 :


NUMBER 6 - 21 :



SUSUNAN DALAM SAMPUL. SAYA GALAKKAN ANDA GUNA SAMPUL PUTIH

1. LAMPIRAN A
2. KAD PENGENALAN (PERLU PENGESAHAN)
3. SIJIL LAHIR (PERLU PENGESAHAN)
4. SIJIL SPM (PERLU PENGESAHAN)
5. SIJIL STPM (PERLU PENGESAHAN)
6. SIJIL IJAZAH (PERLU PENGESAHAN)
7. TRANSKRIP AKADEMIK (PERLU PENGESAHAN)
8. PENGIKTIRAFAN KELAYAKAN MQA ATAU MQR
9. SIJIL KOKURIKULUM *DIAORANG AKAN AMBIL 3 YANG TERTINGGI JE (PERLU PENGESAHAN)

KLIP DAN LETAK DALAM SAMPUL PUTIH. DIORANG AKAN AMBIL ISINYA SAHAJA.
PENGESAHAN SALINAN BOLEH DILAKUKAN OLEH PEGAWAI KUMPULAN A SAHAJA.

**GAMBAR BERUKURAN PASSPORT 4 KEPING (COVER FILE, LAMPIRAN A (2), BORANG LAPOR DIRI GURU PELATIH)



SUSUNAN FAIL RPH