1. Penyataan Masalah
Kajian kes ini mengkaji
tentang latar belakang pengasasan Kesultanan Melayu Melaka, faktor-faktor yang
menjadikan Melaka sebagai sebuah pelabuhan entrepot sehingga menyumbang kepada
kegemilangan kerajaan, pedagang-pedagang yang datang ke pelabuhan Melaka dan
barang-barang dagangannya, dan langkah-langkah untuk memajukan pelabuhan yang
ada pada hari ini sebagai sebuah pusat perdagangan yang unggul.
2. Objektif Kajian
- Menjelaskan latar belakang pengasasan Kesultanan Melayu Melaka.
- Menghuraikan faktor-faktor yang menjadikan Melaka sebagai sebuah pelabuhan entrepot sehingga menyumbang kepada kegemilangan kerajaan.
- Menyenaraikan pedagang-pedagang yang datang ke pelabuhan Melaka dan barang-barang dagangannya.
- Mencadangkan langkah-langkah untuk memajukan pelabuhan yang ada pada hari ini sebagai sebuah pusat perdagangan yang unggul.
3. Kaedah Kajian
Terdapat beberapa
kaedah kajian yang dilakukan untuk mengumpul maklumat secara sistematik dan
relevan bagi menjayakan tugasan ini antaranya ialah:
- Kaedah Kajian Buku Teks-Saya telah merujuk buku teks untuk memastikan kesahihan fakta yang ada. Kaedah penyelidikan buku teks dipilih kerana maklumat yang diperolehi adalah tepat dan benar merujuk maklumat yang sahih daripada sumber-sumber yang boleh dipercayai. Buku teks yang digunakan ialah buku teks sejarah tingkatan 2.
- Kaedah Melayari Internet-Saya juga telah menggunakan kaedah melayari internet bagi mendapatkan maklumat berkaitan tugasan ini. Antara lama web yang telah saya layari ialah _________________________.
- Kaedah Temubual-Kaedah temubual dipilih kerana maklumat yang diperolehi adalah tepat dan benar. Nama orang sumber yang telah ditemubual ialah cikgu ______________. Beliau telah ditemubual pada _____________ di sekolah menengah kebangsaan ______________.
BIL.
|
TARIKH
|
PERKARA
|
CATATAN
|
1.
|
1 Okt. 2019
|
Menerima
taklimat daripada guru mata pelajaran sejarah iaitu cikgu __________
Membuat
perbincangan dengan guru dan rakan-rakan sekolah
|
Panduan
pemilihan tajuk kajian oleh guru
|
2.
|
2 Okt. 2019
|
Membuat
rujukan awal berkaitan dengan tajuk yang diberikan menggunakan buku teks dan
internet
|
Usaha kendiri
|
3.
|
2 Okt. 2019
|
Objektif
kajian dicadangkan
Kaedah kajian
dicadangkan untuk memudahkan rujukan maklumat
|
Perbincangan
dengan guru mata pelajaran dan rakan-rakan
|
4.
|
2 Okt. 2019
|
Transkrip temubual
disediakan
|
Usaha kendiri
|
5.
|
2 Okt. 2019
|
Menemuramah orang
sumber
|
Usaha kendiri
|
6.
|
2 Okt. 2019
|
Proses awal
iaitu mengumpul maklumat berdasarkan sumber rujukan dilakukan
|
Usaha kendiri
|
7.
|
2 Okt. 2019
|
Menyiapkan proses
awal
|
Usaha kendiri
|
8.
|
2 Okt. 2019
|
Menghantar perancangan
dan proses awal
-objektif
kajian
-kaedah kajian
-maklumat
berdasarkan sumber rujukan
|
Usaha kendiri
dan guru
|
9.
|
3 Okt. 2019
|
Menulis
latar belakang pengasasan kesultanan melayu melaka
|
Usaha kendiri
|
10.
|
3 Okt. 2019
|
Menulis
faktor-faktor yang menjadikan melaka sebagai sebuah pelabuhan entrepot
sehingga menyumbang kepada kegemilangan kerajaan.
|
Usaha kendiri
|
11.
|
6 Okt. 2019
|
Menulis
pedagang-pedagang yang datang ke pelabuhan melaka dan barang-barang
dagangannya.
|
Usaha kendiri
|
12.
|
6 Okt. 2019
|
Menulis
langkah-langkah untuk memajukan pelabuhan yang ada pada hari ini sebagai
sebuah pusat perdagangan yang unggul.
|
Usaha kendiri
|
13.
|
7 Okt. 2019
|
Menulis
rumusan
Menulis
rujukan
|
Usaha kendiri
|
14.
|
7 Okt. 2019
|
-menyusun
hasil kerja dan melengkapkan kajian
-menghantar
laporan lengkap
|
Perbincangan dengan guru dan
rakan-rakan
|
Kegemilangan
Melaka Dalam Aspek Perdagangan
Penulis:
Cikgu Hidayah
Parameswara telah
mengasaskan Kesultanan Melayu Melaka pada sekitar tahun 1400. Lokasi yang
dipilih oleh Parameswara ialah di muara Sungai Bertam yang juga dikenali
sebagai Sungai Melaka. Muara sungai ini merupakan sebuah perkampungan nelayan,
tempat berjual beli dan tempat pertukaran barang dagangan. Antara keistimewaan
yang dimiliki oleh Melaka ialah terletak di laluan perdangangan, bentuk muka
bumi yang berbukit-bukau, mempunyai pokok bakau dan api-api yang digunakan
sebagai benteng pertahanan, dan muara sungai yang terlindung dari angin monsun.
Keistimewaan Melaka ini menjadikan Melaka sebagai sebuah pusat perdagangan yang
dikenali ramai. Kebijaksanaan Parasmeswara yang telah memilih Melaka sebagai
tempat untuk menubuhkan kerajaannya ternyata merupakan sesuatu yang hebat
sesuai dengan kehebatan susur galurnya sendiri yang merupakan anak pemerintah Palembang.
Antara faktor yang
menjadikan melaka sebagai sebuah pelabuhan entrepot sehingga menyumbang kepada
kegemilangan kerajaan ialah melalui kedudukannya yang strategik yang menjadi
tumpuan pedagang. Melaka terletak di laluan perdagangan antara India dengan
China. Kedudukan strategik di Selatan Melaka menyebabkan Melaka dikunjungi oleh
pedagang dari dalam dan luar Alam Melayu. Kesannya, melaka muncul sebagai
perdagangan dan pelabuhan yang maju. Selain itu, perdagangan melaka diurus oleh
Syahbandar dengan cekap dan teratur. Tugas Syahbandar ialah mengurus pasar dan
gudang, menjaga kebajikan serta keselamatan pedagang. Syahbandar
bertanggungjawab memeriksa alat timbang, sukat dan mata wang, menjadi hakim di
pelabuhan, mengurus cukai dan menguatkuasakan peraturan keluar masuk kapal.
Cukai yang dikenakan juga sangat rendah dan mampu menarik minat pedagang untuk
berdagang di Melaka.
Melaka telah menerima
kehadiran ramai pedagang dari seluruh Alam Melayu untuk berdagang. Antara
pedagang yang datang ke pelabuhan Melaka ialah pedagang dari China, India,
Arab, Gujerat, Brunei dan Parsi. Pedagang dari Pasai dan Jawa merupakan
pedagang yang paling ramai dari alam melayu. Kehadiraan pedangan ke melaka
adalah disebabkan oleh barangan yang ditawarkan oleh Melaka yang banyak dan
menarik perhatian pedagang. Antara barangan yang ditawarkan oleh Kerajaan
Melayu Melaka kepada pedagang luar ialah timah, emas, kapur barus, hasil hutan,
dan rempah-ratus. Barangan-barangan tersebut merupakan hasil bumi daripada Kerajaan
Melayu Melaka sendiri dan hasil daripada negeri naungan mereka. Kehadiran
pedagang luar pula membawa barangan lain untuk ditawarkan kepada pedagang yang
berlabuh di selat melaka dan penduduk tempatan. Antara barangan yang dibawa oleh
pedagang luar ialah benang emas, kain pelikat, batu delima, tembikar, wangian,
dan bahan makanan. Kepelbagaian barang dagangan ini membuktikan pelabuhan
melaka sebagai emporium yang maju.
Antara langkah untuk
memajukan pelabuhan yang ada pada hari ini sebagai sebuah pusat perdagangan
yang unggul ialah pihak kerajaan menyediakan kemudahan pelabuhan yang mampu
menarik minat pedagang. Sebagai contoh, gudang tempat penyimpanan barang yang
banyak dan selamat. Gudang penyimpanan barang sangat diperlukan oleh pedagang
dari luar untuk menyimpan barang dagangan mereka. Oleh itu, penyediaan gudang
yang banyak dan selamat amatlah diperlukan oleh semua pedagang. Selain itu,
kerajaan juga perlu meletakkan harga cukai yang berpatutan kepada semua
pedagang. Pengurusan cukai yang cekap oleh kerajaan akan mendorong pedagang
untuk selalu datang ke negara kita. Langkah lain yang boleh dilakukan untuk
memajukan pelabuhan yang ada pada hari ini sebagai sebuah pusat perdagangan
yang unggul ialah pengurusan mata wang yang sistematik. Sistem mata wang setiap negara adalah
berbeza. Oleh itu, pengurusan mata wang dalam urusan perdagangan haruslah
diuruskan dengan cekap dan jujur.
Sebagai rumusan bagi kegemilangan
melaka dalam aspek perdagangan ialah kejayaan kerajaan Kesultanan Melayu Melaka
menguasai perdagangan pada suatu masa dahulu perlu dicontohi oleh semua negara.
Parameswara yang bijaksana dalam menguruskan kerajaannya membuktikan bahawa
bangsa kita mampu menjadi bangsa yang maju, kuat dan hebat di mata dunia.
Semangat ini wajar dijadikan sumber inspirasi untuk menjadikan negara kita
sebagai sebuah negara bangsa yang mempunyai imej dan jati diri yang
tinggi.
Rujukan
1) Buku
Dr. Suffian bin Mansor,
2017. Sejarah Tingkatan 2. Kuala
Lumpur:Dewan Bahasa Dan Pustaka.
2) Orang
Sumber
Puan ___________, 42
tahun, Taman Rakyat, 06400 Pokok Sena, Kedah.
3) Internet
http://studentsrepo.um.edu.my/1877/6/BAB_3.pdf
http://ir.upsi.edu.my/1647/1/Aktiviti%20Keusahawanan%20Masyarakat%20Melayu%20pada%20zaman%20kegemilangan%20kesultanan%20Melayu%20Melaka.pdf
tqq cikgu
ReplyDeleteWelcome
Deletebaguss
DeleteTq cikgu sangat membantu
ReplyDeleteWelcome
DeleteI see this in last minute.thanks teacher its very helpful to me
Deletecikgu nape xtambah ayat sendiri (senang-senang je budak ni)
DeleteCikgu hidayah saya kurang faham.Boleh cikgu tolong?
ReplyDeleteHai. Tolong dari segi apa ye? Boleh email saya nurulnahdatulhidayah@gmail.com
Deletetq ckgu
ReplyDeleteWelcome
DeleteAssalamualaikum cikgu
ReplyDeleteWa'alaikumsalam
DeleteSaye kurang fhm
ReplyDeleteDari segi apa ye? Boleh email saya nurulnahdatulhidayah@gmail.com
DeleteCikgu yg pengenalan, dapatan kajian, latar belakang pengasasan kesultanan melayu melaka, faktor2 pengakhiran kesultanan melayu melaka yang berpusat di melaka, peranan rakyat Malaysia dalam Memastikan negara mencapai kegemilangan, kesimpulan, rujukan
ReplyDeleteApa yea? Saya tak faham. Boleh email saya Nurulnahdatulhidayah@gmail.com
DeleteAsslm cikgu,dapatan kajian tu macam mana
DeleteAwak yang dah email saya tu kan? π
DeleteThx ckg
ReplyDeleteWelcome
Deletetq cikgu :)
ReplyDeleteWelcome
Deletecikgu ,sebelum menulis mahu ke kosong dua jari pada setiap perenggan?
ReplyDeleteKalau nak kemas, boleh.
Deletehiii cikgu
ReplyDeleteterima kasih cikgu very helpful
ReplyDeleteSama2
Deletecikgu,kan dalam bab 5 tu ada (5.1 pengasasan kesultanan melayu melaka) (5.1 kegemilangan kesultanan melayu melaka)(5.3 pengakhiran kesultanan melayu melaka) boleh ke campur dalam satu karangan atau pun kena buat satu-satu sub tajuk dia....saya x berapa fhm
ReplyDeleteMaaf lambat reply. Kalau saya, saya suka asingkan. Senang untuk kita mark, cari point pelajar.
DeleteTq cikgu
ReplyDeleteWelcome
DeleteAda tak kerja kursus tentang perang Portugis-Melaka 1511
ReplyDeleteTakde. Maaf
DeleteCikgu hidayah...pohon syer utk anak2 murid saya.
ReplyDeleteTerima kasih
Silakan. Sama2
Deleteare you from smktc
ReplyDeleteTak
DeleteTq cikgu
ReplyDeleteTerima ksih cg
ReplyDeleteSama2
DeleteKalau nk buat analysis data macam Mana ya cg???
ReplyDeleteterima kasih cikgu Hidayah.mohon izin utk guna bagi membantu murid saya kerana saya masih baru dengan subjek sejarah.
ReplyDeletetq cikgu .last last baru saya jumpa .I love you
ReplyDeleteTHANK YOU CIKGU..(:
ReplyDeleteWelcome
DeleteSuperbπππ
ReplyDeleteCikgu kurung faham
ReplyDeleteThanks cg ππππ
ReplyDeletecikguuu...saya perlukan pendahuluanπ
ReplyDeleteUntuk tajuk ini, awak boleh hurai dari mana datangnya nama melaka, cerita latar belakang Parameswara dengan lebih details
DeleteAsslm ckg
ReplyDeleteWa'alaikumsalam. ye
Deletemembantu sgt2 , thanks so much !
ReplyDeleteWelcome
DeleteOMG CIKGU HIDAYAHHHHHHH~~~
ReplyDeleteomooo omooo
DeleteILYYYYYY
ReplyDeleteTerima Kasih cikgu......
ReplyDeletesangat membantuu.. terima kasih cikgu
ReplyDeleteTerima kasih cikgu..mmg sngat ii membantu saya buat kajian kes nie..tq cikgu..halalkan ilmu yg cgu bagi yer☺️
ReplyDeleteNi sapa?
DeleteTerima kasih cikgu π₯Ί
ReplyDeleteTERIMA KASIH CIKGU
ReplyDeleteTerima kasih banyak2 atas perkongsian ini.. Sangat membantu sy semasa membuat research.. Siap kajian kes sy dengan bantuan cikgu.. Tqq
ReplyDeleteTERIMA KASIH ATAS PERKONGSIAN YG AMAT BERMANFAAT DAN BERGUNA!! TQQ, CIKGU..
ReplyDeleteterima kasih cikgu
ReplyDeletehi cikgu
ReplyDeleteπ❤πππΉπΉπ’π’πππ€£π€£πππππ
Terima kasih cg....sedikit sebanyak dapat membantu saya untuk membuat kajian kes....esok dah nak hantar.... terima kasih sekali lagi cgπ₯°π₯°π₯°π₯°
ReplyDeletetq cg sangat" saya dah siap kajian kes huhu tq cg sekali lagi
ReplyDeletethx cg...ππ ππ»^_^
ReplyDeletecikgu nak share link ni macam mana ya?
ReplyDeletebagi nama orang sumber
ReplyDeletecg klau kesimpulan nak buat macam manaππ
ReplyDeleteRespect and I have a neat offer: Who House Renovation top home renovation companies
ReplyDelete