Monday, October 21, 2019

KOLEKSI SOALAN IV SPP DG41 2019 | SEJARAH

Jenis soalan peperiksaan (objektif, esei, struktur)
Jumlah kertas peperiksaan (form 5) hurai secara details (kertas 1,2, 3)
Jawapan:
Kertas 1, soalan objektif: 40 soalan, soalan berdasarkan buku teks tingkatan 4 dan 5.
Kertas 2, soalan struktur, mengandungi 2 bahagian iaitu bahagian A dan B, bahagian A ada 4 soalan bersamaan 40 markah, perlu jawab semua, bahagian B ada 5 soalan bersamaan 60 markah, perlu jawab 3 soalan sahaja.
Kertas 3, soalan esei, tema akan diberi awal, pelajar dibenarkan untuk membawa masuk bahan dari buku atau internet semasa SPM.


Tempoh murid tahu TEMA peperiksaan kertas 3
Jawapan:
6 minggu sebelum SPM

Rombongan Merdeka
Jawapan: Rombongan Merdeka boleh diketegorikan sebagai Pembelajaran Luar Bilik Darjah (PLBD). Pelajar dibawa ke tempat2 bersejarah seperti muzium, tugu negara, dan dataran merdeka. Rombongan merdeka boleh membuka mata pelajar untuk menghargai kemerdekaan negara kita.

Pentaksiran sumatif dan formatif
Jawapan:
Penilaian formatif dan penilaian sumatif mempunyau beberapa ciri2 perbezaan dari segi pengertian, tujuan, aktivit, masa, bentuk, sasaran, liputan, rekod, dan tindakan. Berikut merupakan perbandingan perbezaan antara dua jenis penilaian.
Jenis Ciri
Penilaian Formatif
Penilaian Sumatif


Pengertian

Satu jenis ujian formal atau tak formal untuk mengesan tahap penguasaan dan kemajuan murid di dalam kelas.


Satu jenis ujian formal untuk mengesan tahap pencapaian dalam sesuatu tap persekolahan.


Tujuan

Mengesan penguasaan dan kemajuan murid untuk membaiki kelemahan dengan kada segera.

Mengesan pencapaian murid berdasarkan beberapa unit pembelajaran dan pemeringkatan gred murid di dalam kelas.



Aktiviti

Menjalankan ujian formal atau tidak formal semasa sesi pengajaran dan pembelajaran  sama ada dibuat secara individu, kumpulan atau menyeluruh.


Menjalankan ujian formal dalam beberapa waktu berdasarkan ketetapan jadual secara individu mengikut kelas.

Masa

Semasa sesi pengajaran dilakukan atau setiap hujung bulan.

Semasa semester pertama (pertengahan tahun) dan semester kedua (akhir tahun).



Bentuk

Ujian tidak formal (pemerhatian dan sesi soaljawab), atau formal (ujian bulan) melibatkan ujian kertas pensel dam masa yang singkat.


Ujian formal adalah ujian kertas pensel atau ujian, lisan dalam jangka masa yang ditetapkan mengikut kesesuaiannya.

Sasaran

Secara individu, secara kumpulan atau kelas.


Secara kelas

Liputan

Meliputi sesuatu kemahiran (ujian tidak formal) atau beberapa kemahiran (ujian formal)


Meliputi beberapa unit pembelajaran atau sesuatu tahap persekolahan

Rekod

Tiada (bagi ujian tidak formal) dan penggunaan senarai semak atau rekod prestasi (bagi ujian formal)


Penggunaan rekod profil atau pensijilan.




Tindakan

Membetulkan kelemahan dengan kadar segera atau menjalankan aktiviti pengayaan atau pemulihan di dalam kelas.


·   Menempatkan murid kumpulan atau kelas yang sesuai.
·   Merancan g dan mengubahsuai pelajaran atau kurikulum.
·   Memberi sijil berdasarkan pencapaian dalam peperiksaan.

Sumber: Mohamad Rosly Bin Mohamad Shah

Kaedah pengajaran yang tak membosankan pelajar
Jawapan:
Melibatkan pelajar dalam pdpc, kepelbagaian aktiviti, pembelajaran luar bilik darjah.

PAK21
Jawapan:
Pembelajaran Abad Ke-21 (PAK21) merupakan proses pembelajaran yang berpusatkan pelajar. PAK21 diperkenalkan kerana mahu menarik minat pelajar dalam kelas, memupuk budaya berkongsi ilmu, dan pelajar belajar dengan gembira.  Antara aktiviti yang tersenarai dalam PAK21 ialah gallery walk, party, story book, sharing, dan read and highlight.

Perbezaan KSSM KBSM
Jawapan:
Sumber: Taklimat KSSM kepada pengetua


Peranan Panitia
Jawapan:
  1. Memperoleh Sukatan Pelajaran dan Huraian Sukatan Pelajaran yang terkini untuk kegunaan ahli panitia.
  2. Menyedia serta menyelaraskan Rancangan Pelajaran Tahunan mengikut Penggal Persekolahan.
  3. Memilih dan mencadangkan buku-buku rujukan atau bahan bacaan tambahan yang sesuai dengan pembelajaran pelajar dan kegunaan guru-guru dan untuk dibekalkan di Pusat Sumber Sekolah.
  4. Menyelaras soalan ujian dan penilaian bagi setiap kelas.
  5. Mengkaji dan menganalisis keputusan ujian dan penilaian Panitia mata pelajaran bagi semua murid dalam tiap-tiap ujian dan penilaian, mengambil langkah-langkah serta melaksanakan strategi-strategi mengatasi kelemahan pengajaran dan pembelajaran.
  6. Mengadakan mesyuarat panitia secara berkala serta selaras dengan takwim sekolah. Mengadakan perjumpaan Ad-Hoc apabila dan jika perlu.
  7. Mengatur perjumpaan atau mesyuarat ahli-ahli Panitia mata pelajaran secara formal atau tidak formal untuk merancang dan membincangkan masalah-masalah atau isu-isu berhubung dengan kaedah mengajar serta mencari jalan penyelesaian kepada permasalahan tersebut.
  8. Bertukar-tukar pengalaman dan pengetahuan baru dengan ahli-ahli lain yang diperolehi setelah mengikuti kursus, mesyuarat atau taklimat.
  9. Menjana minat ahli-ahli Panitia Mata Pelajaran supaya mengadakan penyelidikan pembangunan (R&D).
  10. Mewujudkan kerjasama efektif dengan persatuan akademik dari sekolah lain dan menjalinkan hubungan kerja yang boleh membantu bagi mencapai matlamat pengajaran dan pembelajaran.
Sumber: GuruBesar.My


**Jawapan adalah dari diri saya sendiri berdasarkan pengetahuan sedia ada saya, melalui rujukan tambahan dan sumber2 yang telah dinyatakan.





No comments:

Post a Comment