Thursday, December 8, 2022

KAJIAN KES SEJARAH | SUMBANGAN TAMADUN ISLAM KEPADA DUNIA DALAM BIDANG SOSIAL

 JADUAL KERJA PELAKSANAAN TUGASAN

 

TARIKH

HARI

PELAKSANAAN

CATATAN

24/11/2022

Khamis

Guru memberi taklimat kajian kes kepada murid

Di surau SMKS9

24/11/2022

Khamis

Membina jadual kerja pelaksanaan tugasan

Di surau SMKS9

6/12/2022

Selasa

Pernyataan masalah

Di dalam kelas

6/12/2022

Selasa

Objektif kajian

Di dalam kelas

7/12/2022

Rabu

Menulis Kaedah kajian

Di dalam kelas

8/12/2022

Khamis

Menulis dapatan kajian

- Menjelaskan latar belakang kewujudan pusat kegiatan intelektual dalam Tamadun Islam.

Di dalam kelas

8/12/2022

Khamis

Menulis dapatan kajian

- Menghuraikan kemunculan ilmuan Islam dalam bidang yang berbeza.

Di dalam kelas

8/12/2022

Khamis

Menulis dapatan kajian

- Menyenaraikan sumbangan tokoh-tokoh ilmuan Islam yang telah dipilih.

Di dalam kelas

8/12/2022

Khamis

Menulis dapatan kajian

- Mencadangkan langkah-langkah yang boleh diambil oleh generasi masa kini dalam menghargai sumbangan ilmuan Islam terdahulu.

Di dalam kelas

8/12/2022

Khamis

Rumusan

Di dalam kelas

8/12/2022

Khamis

Rujukan

Di dalam kelas

8/12/2022

Khamis

Menghantar kajian kes kepada guru

Di dalam kelas

 

Pernyataan masalah

Tamadun Islam memberikan sumbangan yang besar terhadap perkembangan tamadun dunia. Hal ini demikian kerana Tamadun Islam menekankan keseimbangan kemajuan kebendaan dan kerohanian yang meninggalkan kesan pembangunan fizikal dan insaniah sehingga kini baik dari segi politik, ekonomi mahupun sosial. Murid dikehendaki melakukan kajian berkaitan sumbangan Tamadun Islam dalam bidang sosial.

Objektif kajian

Kajian kes Sejarah dibuat kerana memenuhi syarat yang ditetapkan dalam KSSM. 20% markah akan dimasukkan dalam PAT 2022.

Kajian kes ini mengkaji tentang sumbangan Tamadun Islam kepada dunia dalam bidang sosial. Menjelaskan latar belakang kewujudan pusat kegiatan intelektual dalam Tamadun Islam, menghuraikan kemunculan ilmuan Islam dalam bidang yang berbeza. Menyenaraikan sumbangan tokoh-tokoh yang .telah dipilih dan mencadangkan langkah-langkah yang boleh diambil oleh generasi masa kini dalam menghargai sumbangan ilmuan Islam terdahulu.

Melalui kajian ini juga, saya dapat menggunakan KPS seperti memahami kronologi, meneroka bukti, membuat interprestasi, membuat imaginasi, dan membuat rasionalisasi.

 

Kaedah kajian

Terdapat beberapa kaedah kajian yang dilakukan untuk mengumpul maklumat secara sistematik dan relevan bagi menjayakan tugasan ini antaranya ialah:

1. Kaedah Kajian Buku Teks-Saya telah merujuk buku teks untuk memastikan kesahihan fakta yang ada. Kaedah penyelidikan buku teks dipilih kerana maklumat yang diperolehi adalah tepat dan benar merujuk maklumat yang sahih daripada sumber-sumber yang boleh dipercayai. Buku teks yang digunakan ialah buku teks Sejarah Tingkatan 1.

2. Kaedah Melayari Internet-Saya juga telah menggunakan kaedah melayari internet bagi mendapatkan maklumat berkaitan tugasan ini. Antara laman web yang telah saya layari ialah _____________________ (link @ pautan  internet yang telah dirujuk).

3. Kaedah Temubual-Kaedah temubual dipilih kerana maklumat yang diperolehi adalah tepat dan benar. Nama orang sumber yang telah ditemubual ialah Puan/Encik/Cik __________ (nama penuh), ____ (umur beliau). Beliau telah ditemubual pada _________ (tarikh) di ___________ (alamat penuh beliau).

 

SUMBANGAN TAMADUN ISLAM KEPADA DUNIA DALAM BIDANG SOSIAL

Penulis: Cikgu Hidayah

Latar belakang kewujudan pusat kegiatan intelektual dalam Tamadun Islam ialah semasa pemerintahan kerajaan Bani Umaiyah. Banyak masjid dijadikan institusi pendidikan, seperti di Damsyik, Kufah dan Basrah. Istana khalifah turut dijadikan pusat kegiatan pendidikan, iaitu tempat belajar dan perpustakaan. Tamadun Islam telah mengembangkan kegiatan keilmuan dengan pesatnya. Di Cordoba dan Toledo, Sepanyol, para pengkaji atau pelajar dari pelbagai pelosok Eropah telah datang belajar di universiti-universiti Islam di sini terutama dalam bidang sains dan falsafah.

Kemunculan ilmuan Islam dalam pelbagai bidang telah melahirkan ramai tokoh-tokoh ilmuan Islam. Antara tokoh ilmuan Islam ialah Jabir bin Hayyan (Geber) yang terkenal dalam bidang Ilmu Sains dan Kimia. Beliau menghasilkan sebanyak 80 buah karya berkaitan perubatan dan kimia. Himpunan hasil penulisannya dikenali sebagai korpus Jabir. Kebanyakan karyanya diterjemahkan ke dalam bahasa Latin. Selain itu, Ibn Sina (Avicenna) terkenal dalam bidang perubatan. Beliau merupakan tokoh perubatan dan ahli falsafah yang masyhur dengan bukunya al-Qanun fi al-Tib. Ahli falsafah Barat, Albert the Great telah dipengaruhi oleh karya Ibn Sina.

Antara tokoh ilmuan Islam yang lain ialah Al-Kindi terkenal dalam bidang falsafah. Beliau menghasilkan lebih daripada 270 buah karya mencakupi pelbagai bidang, seperti logik, muzik dan perubatan. Tokoh ilmuan atau pengkaji Eropah seperti Roger Bacon dan Descartes terpengaruh dengan idea Al-Kindi. Seterusnya, Al-Battani (Albategnius) terkenal dalam bidang astronomi dan falak. Beliau memperkenalkan asas ilmu trigonometri, menulis buku astronomi dan mencipta alat ukuran masa. Selain itu, Al-Biruni terkenal dalam bidang geografi. Kajian utama beliau dalam bidang kartografi (peta) dan geografi. Kebanyakan orang Eropah telah belayar dengan menggunakan peta yang dicipta oleh tokoh ini.

Antara langkah yang boleh diambil oleh generasi masa kini dalam menghargai sumbangan ilmuan Islam terdahulu ialah memaparkan penulisan tokoh-tokoh Islam di muzium, mempelajari tentang tokoh-tokoh Islam seperti dalam subjek Sejarah dan mencipta atau merekodkan filem tentang tokoh-tokoh Islam terdahulu untuk memberi pengetahuan kepada generasi sekarang dan akan datang.

 Secara keseluruhannya, Tamadun Islam telah memberikan sumbangan yang besar dalam peradaban dunia. Tamadun Islam telah membuka minda masyarakat untuk mengkaji corak hidup yang sejahtera, di samping memajukan pelbagai bidang sama ada politik, ekonomi mahupun sosial. Masyarakat kini perlu menghargai sumbangan yang bermanfaat dalam pelbagai bidang khususnya keilmuan kerana ilmu tersebut berterusan dikaji hingga kini.


Rujukan

1. Buku

Mohd bin Samsudin, Azharudin bin Mohamed Dali, Sharifah Afidah binti Syed Hamid, 2021. Sejarah Tingkatan 1. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

2. Orang Sumber

Nama penuh, umur, alamat penuh.

3. Internet

https://ms.m.wikipedia.org/wiki/Tamadun_Islam#:~:text=Tamadun%20Islam%20berkembang%20dari%20Semenanjung,ke%20Madinah%20pada%20tahun%20622M

Saturday, December 3, 2022

KAJIAN KES SEJARAH | KEGEMILANGAN MELAKA DALAM ASPEK SISTEM PERUNDANGAN

Kegemilangan Melaka Dalam Aspek Sistem Perundangan

Penulis: Cikgu Hidayah

 

TARIKH

HARI

PELAKSANAAN

CATATAN

23/11/2022

Rabu

Guru memberi taklimat kajian kes kepada murid

Di surau SMKS9

25/11/2022

Jumaat

Membina jadual kerja pelaksanaan tugasan

Di dalam kelas

25/11/2022

Jumaat

Pernyataan masalah

Di dalam kelas

25/11/2022

Jumaat

Objektif kajian

Di dalam kelas

25/11/2022

Jumaat

Kaedah kajian

Di dalam kelas

27/11/2022

Ahad

Menulis dapatan kajian

- Menjelaskan latar belakang pengasasan Kesultanan Melayu Melaka.

Google Meet

Di rumah

27/11/2022

Ahad

Menulis dapatan kajian

- Menghuraikan sistem perundangan Kesultanan Melayu Melaka yang telah menyumbang kepada kegemilangan kerajaan.

Google Meet

Di rumah

27/11/2022

Ahad

Menulis dapatan kajian

- Menjelaskan kepentingan sistem perundangan yang mantap dan kesannya kepada kerajaan masa kini.

Google Meet

Di rumah

27/11/2022

Ahad

Rumusan

Google Meet

Di rumah

1/12/2022

Khamis

Rujukan

Di dalam kelas

1/12/2022

Khamis

Menghantar kajian kes kepada guru

Di dalam kelas

 

Pernyataan masalah

Kesultanan Melayu Melaka telah memperkenalkan sistem perundangan yang mantap. Hal ini telah melonjakkan Kesultanan Melayu Melaka ke arah kegemilangan. Murid dikehendaki melakukan kajian berdasarkan sistem perundangan yang telah dilaksanakan oleh Kesultanan Melayu Melaka.


Objektif kajian

Kajian kes Sejarah dibuat kerana memenuhi syarat yang ditetapkan dalam KSSM. 20% markah akan dimasukkan dalam PAT 2022.

     Kajian ini mengkaji tentang kegemilangan Melaka dalam aspek sistem perundangan. Menjelaskan latar belakang pengasasan Kesultanan Melayu Melaka, Menghuraikan sistem perundangan Kesultanan Melayu Melaka yang telah menyumbang kepada kegemilangan kerajaan serta menjelaskan kepentingan sistem perundangan yang mantap dan kesannya kepada kerajaan masa kini.

    Melalui kajian ini juga, saya dapat menggunakan KPS seperti memahami kronologi, meneroka bukti, membuat interprestasi, membuat imaginasi, dan membuat rasionalisasi.

 

 Kaedah kajian

Terdapat beberapa kaedah kajian yang dilakukan untuk mengumpul maklumat secara sistematik dan relevan bagi menjayakan tugasan ini antaranya ialah:

1. Kaedah Kajian Buku Teks-Saya telah merujuk buku teks untuk memastikan kesahihan fakta yang ada. Kaedah penyelidikan buku teks dipilih kerana maklumat yang diperolehi adalah tepat dan benar merujuk maklumat yang sahih daripada sumber-sumber yang boleh dipercayai. Buku teks yang digunakan ialah buku teks Sejarah Tingkatan 2.

2. Kaedah Melayari Internet-Saya juga telah menggunakan kaedah melayari internet bagi mendapatkan maklumat berkaitan tugasan ini. Antara laman web yang telah saya layari ialah _____________________ (link @ pautan  internet yang telah dirujuk).

3. Kaedah Temubual-Kaedah temubual dipilih kerana maklumat yang diperolehi adalah tepat dan benar. Nama orang sumber yang telah ditemubual ialah Puan/Encik __________ (nama penuh), ____ (umur beliau). Beliau telah ditemubual pada _________ (tarikh) di ___________ (alamat penuh beliau).

 

Latar belakang pengasasan Kesultanan Melayu Melaka ialah  diasaskan oleh Parameswara sekitar tahun 1400 di muara Sungai Bertam. Parameswara memilih lokasi ini kerana merupakan laluan perdagangan. Kedudukan Melaka di laluan perdagangan utama antara timur dengan barat membolehkannya mengawal laluan kapal dagang. Selain itu, lokasi ini mempunyai bentuk muka bumi yang berbukit-bukau yang sesuai dijadikan benteng pertahanan dan menjadi panduan kapal dagang.

    Sistem perundangan Kesultanan Melayu Melaka yang telah menyumbang kepada kegemilangan kerajaan. Antara sistem perundangan yang telah diperkenalkan oleh Kerajaan Melaka ialah Hukum Kanun Melaka, Undang-Undang Laut Melaka dan Undang-Undang Adat. Hukum Kanun Melaka mula ditulis semasa pemerintahan Sultan Muzaffar Shah (1446-1456). Undang-undang ini disusun semula secara teratur pada masa pemerintahan Sultan Mahmud Shah (1489-1511).

    Selain itu, Undang-undang Laut Melaka telah ditulis semasa zaman Sultan Mahmud Shah bertujuan menentukan peraturan pelayaran dan perdagangan. Undang-undang yang mengandungi 25 fasal ini menerangkanperaturan di laut, tertib berniaga dan tatacara berjual beli. Kandungannya juga berkaitan tanggungjawab nakhoda, anak kapal, kiwi dan syahbandar. Undang-undang ini menyebabkan aktiviti perdagangan berjalan dengan lancar dan adil. Keadaan ini memberikan keyakinan kepada para pedagang.

    Antara kepentingan sistem perundangan yang mantap kepada kerajaan masa kini ialah menjamin kedaulatan kerajaan, menjaga hak asasi rakyat dan menjaga keamanan negara. Kesan sistem perundangan yang mantap kepada kerajaan masa kini ialah rakyat hidup dalam keadaan aman dan harmoni, banyak peluang pekerjaan dan rakyat hormat akan pemimpin negara.

    Kepemimpinan raja yang berwibawa, sistem pentadbiran yang mantap dan kesungguhan melaksanakan sistem undang-undang telah membawa kepada kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka. Hal ini mewujudkan kestabilan politik, kemakmuran ekonomi dan kesejahteraan hidup rakyat. Sewajarnya setiap rakyat Malaysia mematuhi dan mendaulatkan undang-undang demi keamanan dan kesejahteraan negara.

 

Rujukan

1. Buku (Nama penulis, tahun terbitan. Judul buku. Tempat terbit buku:nama syarikat yang menerbitkan)

Dr. Suffian bin Mansor, Dr. Mardiana binti Nordin, Ahmad Salehee bin Abdul, Ishak bin Saidoo, 2017. Sejarah Tingkatan 2. Kuala Lumpur:Dewan Bahasa Dan Pustaka.

 2. Orang Sumber (Nama, umur, alamat penuh.)

Puan ___________, 42 tahun, Taman Rakyat, 06400 Pokok Sena, Kedah.

3. Internet

http://studentsrepo.um.edu.my/1877/6/BAB_3.pdf http://ir.upsi.edu.my/1647/1/Aktiviti%20Keusahawanan%20Masyarakat%20Melayu%20pada%20zaman%20kegemilangan%20kesultanan%20Melayu%20Melaka.pdf