Kegemilangan Melaka Dalam Aspek Sistem
Perundangan
Penulis: Cikgu Hidayah
TARIKH HARI |
PELAKSANAAN |
CATATAN |
23/11/2022 Rabu |
Guru memberi taklimat kajian kes kepada
murid |
Di surau SMKS9 |
25/11/2022 Jumaat |
Membina jadual kerja
pelaksanaan tugasan |
Di dalam kelas |
25/11/2022 Jumaat |
Pernyataan masalah |
Di dalam kelas |
25/11/2022 Jumaat |
Objektif kajian |
Di dalam kelas |
25/11/2022 Jumaat |
Kaedah kajian |
Di dalam kelas |
27/11/2022 Ahad |
Menulis dapatan kajian - Menjelaskan latar
belakang pengasasan Kesultanan Melayu Melaka. |
Google Meet Di rumah |
27/11/2022 Ahad |
Menulis dapatan kajian - Menghuraikan sistem perundangan Kesultanan Melayu
Melaka yang telah menyumbang kepada kegemilangan kerajaan. |
Google Meet Di rumah |
27/11/2022 Ahad |
Menulis dapatan kajian - Menjelaskan kepentingan sistem perundangan yang
mantap dan kesannya kepada kerajaan masa kini. |
Google Meet Di rumah |
27/11/2022 Ahad |
Rumusan |
Google Meet Di rumah |
1/12/2022 Khamis |
Rujukan |
Di dalam kelas |
1/12/2022 Khamis |
Menghantar kajian kes kepada guru |
Di dalam kelas |
Pernyataan masalah
Kesultanan Melayu Melaka telah memperkenalkan sistem perundangan yang mantap. Hal ini telah melonjakkan Kesultanan Melayu Melaka ke arah kegemilangan. Murid dikehendaki melakukan kajian berdasarkan sistem perundangan yang telah dilaksanakan oleh Kesultanan Melayu Melaka.
Objektif kajian
Kajian kes Sejarah dibuat kerana memenuhi syarat yang ditetapkan dalam
KSSM. 20% markah akan dimasukkan dalam PAT 2022.
Kajian ini mengkaji
tentang kegemilangan Melaka dalam aspek sistem perundangan. Menjelaskan latar
belakang pengasasan Kesultanan Melayu Melaka, Menghuraikan sistem perundangan
Kesultanan Melayu Melaka yang telah menyumbang kepada kegemilangan kerajaan
serta menjelaskan kepentingan sistem perundangan yang mantap dan kesannya
kepada kerajaan masa kini.
Melalui kajian ini
juga, saya dapat menggunakan KPS seperti memahami kronologi, meneroka bukti,
membuat interprestasi, membuat imaginasi, dan membuat rasionalisasi.
Terdapat beberapa kaedah kajian yang dilakukan untuk mengumpul maklumat secara sistematik dan relevan bagi menjayakan tugasan ini antaranya ialah:
1. Kaedah Kajian Buku Teks-Saya telah merujuk buku teks untuk memastikan kesahihan fakta yang ada. Kaedah penyelidikan buku teks dipilih kerana maklumat yang diperolehi adalah tepat dan benar merujuk maklumat yang sahih daripada sumber-sumber yang boleh dipercayai. Buku teks yang digunakan ialah buku teks Sejarah Tingkatan 2.
2. Kaedah Melayari Internet-Saya juga telah menggunakan kaedah melayari internet bagi mendapatkan maklumat berkaitan tugasan ini. Antara laman web yang telah saya layari ialah _____________________ (link @ pautan internet yang telah dirujuk).
3. Kaedah Temubual-Kaedah temubual dipilih kerana maklumat yang
diperolehi adalah tepat dan benar. Nama orang sumber yang telah ditemubual
ialah Puan/Encik __________ (nama penuh), ____ (umur beliau). Beliau telah
ditemubual pada _________ (tarikh) di ___________ (alamat penuh beliau).
Latar belakang pengasasan Kesultanan Melayu Melaka ialah diasaskan oleh Parameswara sekitar tahun 1400 di muara Sungai Bertam. Parameswara memilih lokasi ini kerana merupakan laluan perdagangan. Kedudukan Melaka di laluan perdagangan utama antara timur dengan barat membolehkannya mengawal laluan kapal dagang. Selain itu, lokasi ini mempunyai bentuk muka bumi yang berbukit-bukau yang sesuai dijadikan benteng pertahanan dan menjadi panduan kapal dagang.
Sistem perundangan Kesultanan Melayu Melaka yang telah menyumbang kepada kegemilangan kerajaan. Antara sistem perundangan yang telah diperkenalkan oleh Kerajaan Melaka ialah Hukum Kanun Melaka, Undang-Undang Laut Melaka dan Undang-Undang Adat. Hukum Kanun Melaka mula ditulis semasa pemerintahan Sultan Muzaffar Shah (1446-1456). Undang-undang ini disusun semula secara teratur pada masa pemerintahan Sultan Mahmud Shah (1489-1511).
Selain itu, Undang-undang Laut Melaka telah ditulis semasa zaman Sultan Mahmud Shah bertujuan menentukan peraturan pelayaran dan perdagangan. Undang-undang yang mengandungi 25 fasal ini menerangkanperaturan di laut, tertib berniaga dan tatacara berjual beli. Kandungannya juga berkaitan tanggungjawab nakhoda, anak kapal, kiwi dan syahbandar. Undang-undang ini menyebabkan aktiviti perdagangan berjalan dengan lancar dan adil. Keadaan ini memberikan keyakinan kepada para pedagang.
Antara kepentingan sistem perundangan yang mantap kepada kerajaan masa kini ialah menjamin kedaulatan kerajaan, menjaga hak asasi rakyat dan menjaga keamanan negara. Kesan sistem perundangan yang mantap kepada kerajaan masa kini ialah rakyat hidup dalam keadaan aman dan harmoni, banyak peluang pekerjaan dan rakyat hormat akan pemimpin negara.
Kepemimpinan raja yang berwibawa, sistem pentadbiran yang mantap dan kesungguhan melaksanakan sistem undang-undang telah membawa kepada kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka. Hal ini mewujudkan kestabilan politik, kemakmuran ekonomi dan kesejahteraan hidup rakyat. Sewajarnya setiap rakyat Malaysia mematuhi dan mendaulatkan undang-undang demi keamanan dan kesejahteraan negara.
Rujukan
1. Buku (Nama penulis, tahun terbitan. Judul buku. Tempat terbit buku:nama
syarikat yang menerbitkan)
Dr. Suffian bin Mansor, Dr. Mardiana binti Nordin, Ahmad Salehee bin
Abdul, Ishak bin Saidoo, 2017. Sejarah Tingkatan 2. Kuala Lumpur:Dewan Bahasa
Dan Pustaka.
Puan ___________, 42 tahun, Taman Rakyat, 06400 Pokok Sena, Kedah.
3. Internet
http://studentsrepo.um.edu.my/1877/6/BAB_3.pdf
http://ir.upsi.edu.my/1647/1/Aktiviti%20Keusahawanan%20Masyarakat%20Melayu%20pada%20zaman%20kegemilangan%20kesultanan%20Melayu%20Melaka.pdf
No comments:
Post a Comment